ALOR SETAR – Pas akan mengumumkan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Perak, pada Selasa.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, mereka telah memuktamadkan calon yang sesuai dan berkaliber untuk bertanding di kerusi berkenaan yang menghadapi persaingan lima penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).