SHAH ALAM – Ahli Parlimen Pembangkang mempersoalkan tindakan kerajaan yang masih gagal memuktamadkan keputusan berhubung pelanjutan tempoh perkhidmatan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan.
Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan sepatutnya berbuat demikian lebih awal sebelum tarikh persaraan wajib mereka, selaras kelaziman amalan kehakiman sedia ada.