KUNJUNGAN kelab bola sepak Manchester United ke Malaysia buat kali pertama dalam tempoh 16 tahun menggamit perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Anwar, yang merupakan peminat kelab juara 13 kali Liga Perdana Inggeris itu, berkongsi hantaran rasmi kelab berkenaan menerusi laman Instagram beliau, mengenai perlawanan menentang pasukan ASEAN All-Stars di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di Kuala Lumpur pada 28 Mei ini.