KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Lagu ‘Solidariti Perjuangan’ hasil nukilan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim yang diperdengarkan buat kali pertama pada sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Khamis, telah mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tersentuh dengan lagu diolah daripada lagu asal ‘Solidarity Forever’ yang diterbitkan pada 1913, Anwar mahu lagu berkenaan dimainkan di setiap kementerian sebagai pemangkin semangat golongan pekerja.