KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima penyerahan rasmi dokumen Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang akan dibentangkan beliau di Dewan Rakyat esok.
Perdana Menteri berkata, penyerahan dokumen itu menandakan berakhirnya fasa penyediaan rancangan pembangunan lima tahun negara bagi tempoh 2026 hingga 2030.