SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa segera membuat ketetapan menghentikan amalan pemberian hadiah, keraian atau tajaan dalam program perkhidmatan awam agar sebarang jenis bibit-bibit rasuah dapat dihindari.
Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, usaha membanteras rasuah adalah meluas dan perlu untuk ditangani melibatkan perkara yang mungkin dianggap kecil seperti pemberian ‘ufti’.