MONGOLIA – Perdana Menteri Mongolia, Luvsannamsrain Oyun-Erdene meletakkan jawatan pada Selasa susulan tekanan berterusan daripada siri protes antirasuah yang berlangsung selama beberapa minggu.
Protes berkenaan menyuarakan kemarahan rakyat terhadap dakwaan berkaitan kemewahan keluarga Oyun-Erdene, terutama anak beliau yang gemar mempamerkan gaya hidup dan barangan berjenama mewah miliknya di media sosial, sekali gus mencetuskan gelombang bantahan di ibu kota Ulaanbaatar sejak bulan lalu.