KUALA LUMPUR – Seramai sejuta ahli kesatuan pekerja bakal menikmati diskaun sehingga 30 peratus daripada lebih 100 syarikat yang menawarkan barangan keperluan dan perkhidmatan menerusi inisiatif Kad Pekerja Madani.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan inisiatif itu ketika menyampaikan amanat sempena sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025 di Arena Axiata, Bukit Jalil di sini pada Khamis.