KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengaktifkan 21 lokasi smart lane atau lorong pintar sepanjang musim perayaan Deepavali bagi memudahkan pergerakan pengguna di kawasan yang telah dikenal pasti mengalami masalah kesesakan trafik kritikal, bermula Rabu ini.
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (Sektor Dasar dan Pembangunan), Datuk Zahrul Hakim Abdullah berkata, pengaktifan itu merupakan tambahan kepada lokasi lorong pintar sedia ada yang telah dilaksanakan sempena musim perayaan sebelum ini.