SHAH ALAM – Barisan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tampil menyatakan sokongan terbuka terhadap pencalonan Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden menjelang pemilihan parti itu.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Nurul Izzah dianggap sebagai simbol keteguhan prinsip dan keberanian perjuangan sejak awal era reformasi.