KOTA KINABALU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah mahu kerajaan negeri berfungsi seperti biasa supaya usaha membangunkan Sabah dan kebajikan rakyat dapat dilaksanakan dengan lancar.
Ketua Penerangan PKR Sabah, Razeef Rakimin berkata, PKR Sabah memandang serius berhubung isu video dimuat naik dan heboh diperkatakan terkait dengan individu tertentu.