KUALA SELANGOR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Selangor menafikan dakwaan seorang wanita menerima ugutan jenayah semasa Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) parti itu pada Sabtu lalu.
Ketua Cabangnya, Thiban Subbramaniam sebaliknya mendakwa, kejadian itu hanya drama politik sengaja dimainkan oleh wanita terbabit yang juga pemimpin pemuda parti untuk meraih sokongan anggota.