KOTA BHARU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) memerlukan barisan kepimpinan terbaik serta strategi realistik untuk memperkukuh jentera pilihan raya dalam usaha menambah jumlah kerusi Parlimen pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Ahli Parlimen Setiawangsa itu berkata, keyakinan terhadap kemampuan parti untuk melonjak ke tahap lebih tinggi dapat dicapai sekiranya kombinasi kepimpinan yang betul dapat digerakkan bersama tokoh-tokoh utama parti.