CYBERJAYA – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) merancang untuk melancarkan sebanyak 12 projek perumahan yang keseluruhannya dianggarkan bernilai antara RM1.5 bilion hingga RM1.7 bilion pada tahun hadapan bagi memenuhi keperluan rakyat.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKNS, Datuk Mahmud Abbas berkata, PKNS juga akan memberi tumpuan terhadap projek pembangunan perumahan di Cyberjaya pada masa akan datang.