SEPANG – Semua 37 buah syarikat pengelola jemaah haji (PJH) dinasihat memberikan perkhidmatan terbaik meliputi aspek tadbir urus dan tatakelola pengurusan bakal haji agar berada pada kualiti integriti yang tinggi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, syarikat PJH tersebut memiliki kapasiti teguh, kepakaran, pengalaman mencukupi dan berwibawa dalam memberikan perkhidmatan terbaik serta menjaga kebajikan jemaah haji negara.