KUANTAN – Kuil Jalalingeswarar Sivan di Gua Charas, Panching di sini terus menerima kunjungan orang ramai meskipun tular laporan mendakwa rumah ibadat penganut Hindu itu telah diberikan Notis Amaran Pencerobohan Tanah Kerajaan oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kuantan pada 15 Mei lalu.
Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati terdapat kehadiran beberapa pengunjung di kawasan sekitar, bagaimanapun pintu masuk ke kuil berkunci.