KUALA LUMPUR – Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam nahas jalan raya di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Isnin lalu, akan dilupuskan sepenuhnya.
Menteri Komunikasi, Datuk FahmiFadzil berkata, tidak timbul sebarang isu berkaitan bayaran balik pinjaman tersebut membabitkan kesemua mangsa kemalangan berkenaan.