KUANTAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berdepan cabaran besar dalam mengekalkan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) berikutan ramai yang memilih menamatkan perkhidmatan selepas mendapat tawaran kerja lain.
Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, tahun lalu kira-kira 33 peratus anggota PBB meletak jawatan.