KUALA LUMPUR – Pindaan ke atas Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 1981 dilihat wajar berikutan perubahan besar yang sedang berlaku dalam industri perfileman negara, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.
Selain itu, beliau berkata, pindaan juga wajar kerana industri berkenaan turut dicabar dengan kepesatan teknologi, yang menyaksikan penstriman langsung kini semakin menjadi pilihan orang ramai.