WASHINGTON – Ketika rakyat Amerika bersedia untuk mengundi pada pilihan raya pada Selasa, pegawai bertugas meminta orang ramai bersabar sementara undian dikira dalam perlumbaan jawatan presiden yang dijangka sangat sengit, sambil memberi amaran bahawa ia mungkin mengambil masa beberapa hari untuk mengetahui siapa pemenangnya.
Di bawah sistem pilihan raya Amerika Syarikat (AS), rakyat tidak mengundi secara langsung untuk pemimpin mereka.