Memiliki set kelengkapan pinggan mangkuk yang unik, eksklusif dan berkualiti tinggi pastinya menjadi dambaan setiap wanita. Bukan hanya membuatkan para suri rumah lebih bersemangat menyediakan hidangan buat seisi keluarga bahkan memberi kepuasan berganda apabila juadah terhidang cantik dalam item menarik ini. Apatah lagi ketika sambutan Aidilfitri, koleksi set pinggan mangkuk mewah Hyrem yang tersusun indah di meja makan tentunya menambah seri lebaran anda tahun ini!
Mula berada di pasaran sejak Januari 2019, Hyrem berhasrat menjadi jenama tempatan terulung yang memiliki kualiti setanding produk antarabangsa lain. Selaku Pengarah Hyrem Retails Sdn Bhd, Siti Safuraa Shaari nekad menerajui hala tuju syarikat dengan strategi dan perancangan rapi.