< Kembali

Pikap Elektrik JAC T9 EV Akan Mula Dijual Seawal 2025 – Pikap Elektrik Pacuan 4 Roda Pertama Di Malaysia

Teknologi
AMANZ
268 Hari

Suku terakhir industri automotif tempatan nampaknya semakin rancak dengan pelbagai pengenalan kenderaan baharu, dan tidak merangkumi kenderaan penumpang semata-mata. Hari ini JAC Motors telah melancarkan pikap elektrik pacuan empat roda JAC T9 yang akan dijual dibawah harga RM 200,000 untuk 100 tempahan pertama dan sekarang sedang dibuka tempahannya.

Pikap elektrik pacuan 4 roda ini mempunyai dua motor elektrik di bahagian hadapan dan belakang, dengan motor hadapan dapat memberikan kuasa 70 Nm tork dan motor belakang dapat memberikan kuasa 150 Nm. Gabungan kedua motor ini memberikan tork tertinggi 516 Nm membolehkan pecutan 0-100km/j sepantas 8.4 saat dengan kelajuan tertinggi 140 km/j. Ia mempunyai bateri sebesar 88 kWh dengan jarak perjalanan sejauh 340km WLTP  dan pengecasan AC 11 kW yang membolehkan pengecasan 15%-100% sekitar 6 jam 50 minit, atua pengecasan pantas DC 88kW membolehkan pengecasan 30-80% sepantas 35 minit.

Teruskan membaca di Aplikasi
Top Publisher On SEENI