Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mahu isu bendera Malaysia terbalik yang melibatkan penyokong Indonesia dalam Piala Mandiri ASEAN B-23 dilanjutkan kepada pihak tertinggi Persekutuan Bola Sepak antarabangsa (FIFA).
Presiden FAM, Datuk Joehari Ayub, menegaskan ia isu sensitif dan tidak patut dibiarkan berlaku, apatah lagi melibatkan penyokong pasukan tuan rumah, Indonesia.