WALAUPUN keputusan sebenar hanya akan ditentukan di atas padang, namun di atas kertas, Johor Darul Ta’zim (JDT) selaku penyandang juara tetap dilihat sebagai pasukan pilihan menjulang trofi berprestij itu.
Bagi bekas pemain Johor FA, Khalid Shahdan, firasatnya kuat mengatakan bahawa trofi Piala Malaysia bagi edisi kali ini akan kekal di selatan tanah air.