JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor mengumumkan Ahad ini (25 Ogos) sebagai hari cuti peristiwa sebagai tanda penghargaan kepada seluruh rakyat dan penyokong yang merupakan “pemain ke -12” pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam Piala FA 2024.
Berita gembira itu dikongsikan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di laman Facebooknya, selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik kelab JDT.