‘Penantian satu penyeksaan’ — Itulah rumusan perjalanan karier Faridzul Afiq Mohd yang kembali mencipta nama selaku penyerang digeruni selepas gagal membuat penampilan bersama skuad hoki padang negara.
Sejak berusia 21 tahun, Faridzul dipanggil menyertai kem The Speedy Tigers, namun terpaksa akur gagal meraih sebarang penampilan bersama skuad tersebut selama 11 tahun.