MALAYSIA menjangkakan cabaran lebih sengit bakal dihadapi pada kejohanan sepak takraw Piala Asia 2025 yang akan berlangsung di Stadium Titiwangsa pada 10 hingga 18 Mei ini.
Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Ahmad Jais Baharun berkata, tugasan berat menanti dalam acara regu dan double, iaitu acara yang menyaksikan Malaysia dinobatkan selaku juara dunia ketika menjadi tuan rumah Piala Dunia, tahun lepas.