PERTAHANAN muda negara, Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili menegaskan ketiadaan pemain berprofil tinggi dalam skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara bukan penghalang untuk memburu kejayaan pada Kejohanan Piala ASEAN B-23 2025 di Jakarta, bulan ini.
Menurut pemain berusia 21 tahun itu, walaupun skuad kali ini dibarisi muka baharu dan kurang dikenali, semangat juang serta keinginan untuk mengharumkan nama negara tetap tinggi dalam kalangan rakan sepasukan.