Malaysia akan membawa misi hidup dan mati berdepan Singapura dalam aksi terakhir Kumpulan A, Piala ASEAN Mitsubishi Eletric (AMEC) di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam esok.
Skuad negara tiada pilihan selain menewaskan seteru Tambak Johor itu untuk melayakkan diri ke separuh akhir sambil Singapura hanya memerlukan keputusan seri untuk menafikan hasrat Harimau Malaya.