KLUANG – Pakatan Harapan (PH) Kluang sudah menggerakkan akar umbi parti itu bagi berdepan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi berkata, arahan telah diterima daripada pucuk pimpinan PH untuk memulakan gerak kerja PRK DUN Mahkota bagi memastikan kemenangan calon Kerajaan Perpaduan daripada UMNO.