KUALA LUMPUR – Petronas Gas Bhd (PGB) menjangkakan pemulihan bekalan gas di Putra Heights, Subang Jaya boleh dilakukan seawal 1 Julai, 2025, tertakluk kepada hasil siasatan berterusan, kelulusan kawal selia dan kemajuan sebenar di tapak.
PGB menjelaskan pihaknya turut bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa, pembeli gas dan pengedar gas untuk menyambung semula perkhidmatan saluran paip di kawasan yang terjejas.