KUCHING – Petroleum Sarawak Bhd (Petros) bakal menjadi agregator gas tunggal di negeri ini, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata, rundingan antara kedua-dua syarikat minyak iaitu Petros dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berhubung pengagihan gas asli di negeri ini telah dimuktamadkan dan keputusan berkenaan dimaklumkan kepada Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi.