[DIKEMAS KINI] PETROLIAM Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahupun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina namun memaklumkan sentiasa mengkaji semula portfolio perniagaan di semua negara yang ia mempunyai pelaburan.
“Petronas mengkaji portfolio perniagaan secara berterusan di semua negara ia mempunyai pelaburan bagi memastikan kesesuaian terbaik dengan strategi pertumbuhan dalam landskap tenaga yang semakin berkembang,” kata syarikat minyak dan gas negara itu bagi menjawab pertanyaan Bernama mengenai laporan berita Bloomberg.