SHAH ALAM – Lebih 8,000 orang menyokong kempen ‘Katakan Tidak kepada BlackRock’ dengan menandatangani petisyen dalam talian sejak tiga bulan lalu.
Kempen yang dilancarkan kumpulan Boycott, Divestment, Sanctions (BDS) Malaysia menerusi laman web www.change.org pada 29 Februari lalu itu bertujuan mendesak kerajaan membatalkan serta-merta rancangan menjual pegangan saham dalam MAHB kepada Global Infrastructure Partners (GIP), syarikat pelaburan milik BlackRock yang merupakan penyokong komplot genosid Israel di Palestin.