BERLIN – Petinju profesional Rusia, Abu Yusupov dilaporkan maut selepas ditikam dalam satu pertelingkahan dengan sekumpulan individu di stesen kereta api Gesundbrunnen di sini, pada Selasa.
Menurut laporan Tagesspiegel, Yusupov, 39, yang belum pernah tewas dalam kariernya, ditikam di bahagian leher menggunakan senjata tajam ketika insiden tersebut.