PAPAR – Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) mengumum tiga manifesto parti itu dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) yang diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Limbahau di Dewan Serbaguna Kampung Biau di sini pada Ahad.
Presidennya, Datuk Peter Anthony yakin bahawa KDM dapat melaksanakan kesemua manifesto tersebut selepas melakukan kertas kerja berhubung aset kerajaan Sabah.