KUALA LUMPUR – Sebuah premis tiga tingkat yang berkunci di Jalan Petaling, di sini, rupanya beroperasi sebagai stor menyimpan pelbagai barang tiruan.
Aktiviti haram itu bagaimanapun berjaya digempur sepasukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) daripada tujuh negeri iaitu Putrajaya, Kuala Lumpur, Melaka, Selangor, Perak, Perlis dan Labuan dengan kerjasama Polis Kuala Lumpur hasil risikan selama lebih dua minggu.