 
        
Pasti ramai yang jatuh hati dengan pesona bintang Korea, Im Yoon-ah atau lebih dikenali sebagai Yoona Girls’ Generation. Nama yang membawa aura lembut dan keanggunan ini bukan sekadar terpahat dalam dunia K-Pop, malah terus bersinar dalam dunia lakonan, membuktikan bahawa bakat dan disiplin boleh berjalan seiring dengan kecantikan yang mempesona.
Bintang utama siri terbaharu Netflix, Bon Appétit, Your Majesty, ini kembali memukau penonton global dengan watak sebagai ketua tukang masak istana yang berjaya menakluk selera Raja Joseon, sekali gus meneguhkan reputasinya sebagai pelakon wanita Korea yang serba boleh.
 
     
     
     
          
             
                