BANGKOK – Sebuah pesawat kecil polis terhempas berhampiran pantai bandar peranginan Hua Hin, wilayah Phetchaburi, Thailand pada pagi Jumaat, mengorbankan enam orang, menurut polis Thailand.
Polis negara Thailand menyatakan di laman media sosial bahawa pesawat dari bahagian penerbangan polis itu terhempas ke laut sejurus selepas berlepas, dengan kesemua enam orang di dalam pesawat terbunuh, lapor Xinhua.