KUALA TERENGGANU – Seorang duda yang menjadi lelaki pertama dijatuhi hukuman enam sebatan depan khalayak ramai selesai menjalani hukuman tersebut di Masjid Al-Muktafi Billah Shah di sini pada Jumaat.
Mohd Affendi Awang, 42, yang juga seorang tukang rumah itu menjalani hukuman sebatan tersebut selepas mengaku bersalah atas dakwaan melakukan khalwat kali ketiga dengan wanita berbeza.