IPOH – Hujan lebat berterusan sejak malam Sabtu menyebabkan ratusan rumah penduduk di Arena Kepayang Putra, Fair Park di sini pada Ahad dinaiki air kira-kira 1.5 meter.
Kejadian sekitar jam 12 tengah hari itu disifatkan penduduk sebagai luar jangka apabila pertama kali berhadapan banjir dalam tempoh 28 tahun mendiami perumahan terbabit.