KUALA LUMPUR – Keakraban hubungan Malaysia dan Brunei terserlah apabila Sultan Ibrahim berangkat ke negara jiran itu untuk mempersembahkan kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah warkah persilaan sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 20 Julai ini.
Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini berkata, keberangkatan Sultan Ibrahim ke Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan pada 25 Jun lepas turut menggambarkan keunikan dan keutuhan hubungan kedua-dua ketua negara itu.