KUALA LUMPUR – Berbaki 19 hari lagi, Malaysia bakal melakar detik bersejarah dalam sistem Raja Berperlembagaan dan semua mata akan tertumpu pada istiadat pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Bakal berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara pada 20 Julai ini, segala persiapan diatur rapi dan teliti untuk memastikan istiadat yang akan menonjolkan keunikan sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia berlangsung sempurna kerana ia bukan sahaja menjadi tumpuan rakyat tempatan, malahan juga masyarakat luar negara.