KUCHING – Persempadanan semula bahagian pilihan raya susulan pertambahan 17 kerusi baharu di Sarawak adalah tanggungjawab sepenuhnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Beliau berkata, Gabungan Parti Sarawak (GPS), kerajaan negeri mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menentukan bagaimana kawasan baharu itu akan dilakar semula.