PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap seorang perogol bersiri dikenali sebagai ‘Rambo Bentong’, yang disabitkan membunuh seorang remaja dan seorang kakitangan Jabatan Perhutanan Bentong.
Rabidin Satir, 53, memohon semakan hukuman matinya di bawah Akta Semakan Hukuman Mati dan Penjara Seumur Hidup (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023, tetapi panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya.