PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan beliau pernah menerima ugutan dan tawaran sogokan supaya tunduk dalam kes melibatkan dana sayap pemuda Bersatu, Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), namun memilih untuk terus berjuang demi membersihkan namanya.
“Saya pernah digertak, diugut dan ditawar sogokan, tetapi saya memilih untuk lawan. Saya percaya bahawa jika berada di pihak yang benar, ALLAH akan buka jalan.