“Memiliki kesempatan sebentar berada di JDT merupakan salah satu mengapa saya bersetuju bermain untuk Malaysia.”
Pemain sensasi warisan terbaru negara, Hector Hevel, mendedahkan antara sebab utama menyarung jersi kebangsaan adalah kerana berbesar hati dapat melewati kelab terbaik negara juga gergasi Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).