SHAH ALAM – Permohonan bagi portal Unit Pengambilan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (UP_TVET) Perdana ambilan Julai 2025 akan dibuka mulai 14 April hingga 15 Jun ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembukaan itu bertujuan memberi peluang kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan individu yang berminat untuk meneroka bidang kemahiran yang relevan dengan industri.