KUALA LUMPUR – Permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merujuk beberapa persoalan perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan tidak bertujuan memberikan kekebalan mutlak kepada mana-mana individu.
Jabatan Peguam Negara (AGC) menjelaskan permohonan itu dibuat mengikut Perkara 128(2) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, membabitkan isu baharu dan belum pernah diputuskan, khususnya berkaitan litigasi sivil serta keupayaan seorang Perdana Menteri menjalankan fungsi eksekutifnya secara berkesan.