PUTRAJAYA – Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Februari hingga akhir bulan ini.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan memaklumkan program biasiswa berprestij itu terbuka kepada mahasiswa peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) sepenuh masa di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia dalam bidang strategik yang memberi impak besar kepada pembangunan negara.